Tidak ada sesiapapun yang mampu mengubah takdir
Ayatullah al-Uzma Wahid Khorasani dalam kuliah tafsir ayat 41, surah Yasin "Dan suatu tanda bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan" beliau menerangkan, "Banyak perbahasan mengenai laut dan falak dalam al-Qur'an di mana Allah (s.w.t) menjadikan ayat-ayat tersebut sebagai Mubhamah."
Tambah beliau lagi, "Salah satu cerita mengenai laut dan falak ialah kisah Nabi Nuh (a.s)."
Selain itu, Nabi Nuh (a.s) juga berusaha membimbing manusia selama 950 tahun. "Setelah baginda memberikan tunjuk ajar kepada manusia dan masyarakat pula tidak menghiraukannya barulah Allah (s.w.t) memerintahkan baginda membina sebuah kapal.
"Masyarakat di zaman pembinaan kapal ini mengejek Nabi Nuh (a.s), namun setelah janji Allah menjadi realiti, semua penderhaka maut melainkan mereka yang menyahut seruan Allah (s.w.t)," tutur beliau.
Marji' Taqlid ini menerangkan bahawa ayat al-Qur'an merupakan rahmat Ilahi yang meliputi seluruh umat Islam dan berkata, "Sekiranya kehendak Allah terhadap masalah ini yang mana seseorang itu perlu tenggelam, maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkannya. Begitulah juga tidak ada sesiapapun yang mampu memisahkannya dari rahmat Ilahi sekiranya rahmat itu sudah meliputi dirinya."
Menyentuh tentang martabat akal, beliau menerangkan, "Akal mempunyai martabat, sehinggakan di kalangan para nabi juga terdapat perkara ini manakala akal yang menyeluruh adalah Nabi Muhammad (s.a.w)."
Beliau menjelaskan manusia biasa tidak mampu memahami ciri-ciri akal keseluruhan dan berkata, "Nabi (s.a.w) telah menerangkan perkara ini di dalam doa, rahsia-rahsia dan keperluan-keperluan bahinda yang mana ia terkeluar dari kefahaman kita dan akal kita tidak mampu mencapainya."
Sumber: abna.ir/
Post a Comment