ISIS tolak bai'at Jabha Nusra
Meskipun ISIS memulakan gerakan di Iraq sebagai cabang al-Qaeda, namun kemaraannya di Syria menyebabkan tercetusnya pertempuran sengit dengan kumpulan pengganas al-Qaeda lain bagi merebut wilayah sehingga Jabha Nusra mengalami kekalahan.
Jabha Nusra cuba mengirim wakil rundingan mereka ke kota Riqqa untuk menghentikan pertempuran kedua-dua pihak. Namun mereka yang mengepalai ISIS menolak jawatankuasa ini dan mengecap Jabha Nusra sebagai kafir.
Oleh kerana wilayah kekuasaan ISIS sudah merebak di Iraq dan Syria, kumpulan ini mengumumkan kerajaan Kekhalifah Islam dan menggesa seluruh penganut fahaman Takfiri memberikan bai'at kepada Abu Bakar al-Baghdadi sebagai khalifah.
Sementara itu beberapa kumpulan yang berasaskan gerakan al-Qaeda di Afghanistan, Syria, Somalia, Yaman dan Filipina turut menyatakan kesediaan mereka memberi bai'at taat setia secara rasmi kepada Abu Bakar Baghdadi.
Berasaskan perkembangan terkini, beberapa kumpulan pengganas di Algeria dan Pakistan sudah memberikan bai'at masing-masing kepadanya. Sementara itu beberapa kumpulan militan lain dipaksa memberikan bai'at namun ketua-ketuanya berusaha menentang pembai'atan itu.
Walau bagaimanapun isu pengganas tidak seharusnya dipandang ringan kerana gerakan ini mampu menyebarkan pengaruh mereka dalam jaringan sosial.
Sumber: Abna.ir/
Sumber: Abna.ir/

Post a Comment